Usahawan PKS, mikro perlu teroka model perniagaan sesuai kebiasaan baharu – Wan Junaidi

KUALA LUMPUR,. Usahawan yang terdiri dalam kalangan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan Mikro diharap dapat meneroka model perniagaan yang sesuai dengan kebiasaan baharu dunia pada pasca Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata mereka yang masih dalam cara kovensional perlu mempertimbangkan sistem pembayaran tanpa tunai dan pemasaran dalam talian sebagai budaya niaga baharu.

“Usahawan runcit dan makanan juga perlu mengubah cara niaga mereka ke arah mesra teknologi dan mengurangkan interaksi bersemuka… jika tidak secara menyeluruh pun ia harus ada sebagai pelan kontigensi andai situasi seperti ini berlaku lagi,” menurut Wan Junaidi menerusi catatan dalam laman Facebooknya, hari ini.

Beliau berkata, sekiranya usahawan memerlukan bantuan dan khidmat nasihat, kementeriannya sedia memberikan pandangan dan bimbingan melalui agensi berkaitan seperti Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional, SME Bank, Bank Rakyat, SME Corp dan latihan usahawan melalui Institut Keusahawanan Negara (INSKEN).

Menurut catatan itu, TEKUN Nasional telah memperkemas cara permohonan dalam talian mulai 16 April lepas untuk Skim Pembiayaan Pemulihan (CBRM) dan mereka yang terlibat hanya perlu mengisi borang dalam pautan http://fas.tekun.gov.my/cbrm/.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (1 )