Teleport lancarkan Program Komuniti Usahawan

Teleport lancarkan Program Komuniti Usahawan

KUALA LUMPUR,. Teleport, cabang logistik AirAsia digital, melancarkan Program Komuniti Usahawan untuk memberi peluang kepada usahawan di Malaysia mengembangkan perkhidmatan penghantaran Teleport di tujuh bandar di Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif Teleport Pete Chareonwongsak berkata, program selama dua bulan ini yang dirangka itu melibatkan bandar se-perti Ipoh, Seremban, Johor Bahru, Pulau Pinang, Kota Kinabalu, Kuching dan Miri.

“Kami teruja untuk melancarkan Program Komuniti Usahawan ini di tujuh bandar di Malaysia, perniagaan kami semakin berkembang, dan pada tahun 2021 ini kami menjangka lebih banyak peluang perniagaan akan tersedia.

“Program ini terbuka untuk semua rakyat Malaysia serta kakitangan AirAsia yang dikenali sebagai ‘Allstars’ sama ada yang masih berkhidmat atau tidak,” katanya dalam kenyataan semalam.

Jelasnya, individu yang mendaftar untuk program ini dijangka memperoleh sehingga RM3,000 sebulan dan berpe-luang untuk mendapat tawaran pekerjaan sepenuh masa de-ngan Teleport Malaysia.

Tambah Pete, mereka turut akan dilatih dan ditugaskan untuk memasarkan perkhidmatan penghantaran Teleport dan menguruskan operasi penghantarannya. Para usahawan juga akan diberikan senarai perniagaan untuk dipasarkan, serta akses kepada pelbagai teknologi milik Teleport sepanjang program ini.

“Kami amat bertuah kerana mempunyai salah seorang juruterbang AirAsia X, Kapten Lim Kok Hooi menyertai pasukan kami dan telah berjaya memasar-kan perkhidmatan kami di Melaka semasa fasa percubaan program ini.

“Dengan program ini, kami berharap untuk bukan sahaja memberikan perkhidmatan penghantaran terbaik, malah mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dan sumber pendapatan kepada masyarakat,” katanya.

Sementara itu, Kapten Lim berkata, terdapat ramai peniaga di luar sana yang memerlukan bantuan dan perkhidmatan itu.

“Banyak yang dapat dipelajari semasa kami bertemu dengan peniaga-peniaga dari industri yang berbeza dan kejayaan kami di Melaka sudah tentu tidak akan terjadi tanpa bantuan pasukan Teleport dan Allstars yang sedia membantu untuk mencapai matlamat tersebut,” jelasnya.

Proses permohonan untuk program ini sangat mudah yang mana boleh mohon sebagai individu atau sebagai pasukan yang terdiri daripada dua orang.

Pemohon hanya perlu me-rakam video selama tiga minit yang menjelaskan bagaimana mereka akan mendaftar sebanyak 100 perniagaan di bandar tersebut dalam masa satu minggu.

Program Komuniti Usahawan ini akan bermula pada Februari 2021.

Individu yang berminat boleh membuat permohonan di teleport.asia/TheNextTony selewat-lewatnya pada 29 Januari 2021. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai program ini, rujuk kepada soalan-soalan lazim di teleport.asia/community-entrepreneur-faq.

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )