Shopee 11.11 jualan hebat percepatkan ekonomi digital di rantau ini

Shopee 11.11 jualan hebat percepatkan ekonomi digital di rantau ini

KUALA LUMPUR,. Penjual yang mengambil bahagian dalam 11.11 Jualan Hebat buat kali pertama menyaksikan peningkatan pesanan sebanyak 10 kali ganda berbanding hari biasa.

Pengarah Urusan Serantau Shopee Malaysia, Ian Ho berkata Shopee 11.11 Jualan Hebat itu membuka peluang baharu untuk usahawan dan PKS.

“Acara membeli-belah seperti 11.11 Jualan Hebat juga membolehkan kami mencabar batas inovasi, memperkenalkan ciri, inisiatif baharu untuk memperkasakan dan menjadi pemboleh daya kepada jenama, peruncit serta penjual ketika mereka merancakkan usaha ke arah pemulihan dalam keadaan ekonomi semasa,” katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan di sini hari ini.

Ho berkata Shopee 11.11 Jualan Hebat itu telah memperkasakan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan perusahaan mikro tempatan, ia mewujudkan pertumbuhan ketara bagi perniagaan tempatan dengan mencatat purata jualan sebanyak RM55,000 semalam.

“Selangor, Kuala Lumpur dan Johor mencatat aktiviti membeli-belah yang tinggi dengan 650,000 barangan dijual dalam tempoh satu jam di Selangor pada 11 November.

“Tahap keyakinan dan kepercayaan terhadap membeli-belah dalam talian telah melonjak. Jumlah urus niaga terbesar dicatatkan seorang pengguna di platform dalam masa lapan jam pertama semasa acara membeli-belah dalam talian itu berjumlah RM70,000.

Beliau berkata permintaan bagi produk elektronik meningkat, sebagai contoh Huawei merekodkan jumlah jualan sebanyak kira-kira RM1 juta hanya untuk Matebook D 15 dalam masa 10 minit pertama jualan itu di Shopee.

“Rakyat Malaysia beralih ke Shopee untuk keperluan isi rumah kerana mahu terus kekal berada di rumah. Melihat trend pengguna dan prestasi perniagaan tempatan, tidak dapat dinafikan bahawa e-dagang mempunyai potensi untuk memberi impak positif kepada komuniti,” kata Ho.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )