SC sediakan kemudahan e-Services untuk agihan produk pasaran modal

KUALA LUMPUR,. Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) mengumumkan akan memudahkan pengagihan produk pasaran modal dalam talian seperti unit amanah, melalui platform e-Services seperti e-wallet atau penyedia perkhidmatan e-payment.

SC berkata Garis Panduan mengenai Recognized Markets telah dipinda untuk memperkenalkan lembaran baharu dalam platform e-Services yang mengandungi keperluan pendaftaran dan kewajipan sedia ada bagi penyedia e-Service.

Pindaan ini akan membolehkan pengendali aplikasi e-wallet atau e-pembayaran untuk bekerjasama dengan pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal untuk mengagihkan produk pasaran modal kepada pelabur, kata SC dalam satu kenyataan hari ini.

E-wallet atau pengendali e-payment yang ketika ini tertakluk kepada pengawasan pengawalselia sektorial yang lain akan perlu mendapatkan kelulusan terlebih dahulu daripada pengawalselia tersebut sebelum mengemukakan permohonan mereka kepada SC.

“SC akan terus memudahkan pembangunan penyelesaian digital inovatif untuk meningkatkan akses pelaburan kepada semua peserta pasaran modal di Malaysia. Pelancaran kerangka platform e-Service akan memudahkan pengagihan produk pasaran modal yang lebih luas melalui platform digital yang sudah biasa dilakukan oleh para pelabur kami,” kata Pengerusinya Datuk Syed Zaid Albar.

Pada sidang media secara maya yang berlangsung pada 16 April, 2020, SC berkata ia menyaksikan peningkatan jumlah akaun dagangan dalam talian yang didaftarkan.

Pada masa yang sama, terdapat juga perubahan melibatkan pemegang-pemegang lesen ke arah menggunakan saluran digital untuk mengagihkan produk dan perkhidmatan pasaran modal.

“Pengendali yang berminat harus mendaftar dengan SC sebagai pengendali pasaran yang diiktiraf (RMO) dan boleh mengemukakan permohonan mereka mulai hari ini,” kata kenyataan tersebut.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )