Risiko jangkitan COVID-19 penentu pembukaan sektor PKS

Risiko jangkitan COVID-19 penentu pembukaan sektor PKS

KUALA LUMPUR,. Pembukaan sesuatu sektor perniagaan, khususnya perusahaan kecil dan sederhana (PKS) perlu ditentukan berdasarkan risiko jangkitan COVID-19 dalam sektor masing-masing.

Menteri Kewangan merangkap Menteri Penyelaras Pelan Pemulihan Negara (PPN) Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata ia perlu dinilai berdasarkan sains dan data, bagaimanapun analisis risiko berdasarkan sektor semata-mata mungkin menghasilkan keputusan yang kurang konsisten

Beliau berkata demikian selepas Program Walkabout Menteri Kewangan di Pusat Pemberian Vaksin Bergerak Program Perumahan Rakyat Hiliran Ampang di sini hari ini.

Dalam program usaha sama antara Agensi Pembangunan Ekonomi Budaya Malaysia (CENDANA) dan Yayasan Sime Darby itu, Tengku Zafrul turut menyampaikan bantuan makanan kepada penggiat seni di Lotus Taman Midah.

Sementara itu Tengku Zafrul berkata Majlis Keselamatan Negara (MKN) dijangka mengumumkan pembukaan sektor perniagaan termasuk PKS selepas meneliti perkara itu minggu depan.

Pada Jumaat, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mempengerusikan Mesyuarat Kedua Majlis Pemulihan Negara (MPN) yang antara lain membincangkan mengenai keperluan sektor perniagaan dibuka semula dengan prosedur operasi standard yang ketat.

– BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )