PKMS catat jualan cecah jutaan ringgit sehari dalam kempen 11.11 Lazada

PKMS catat jualan cecah jutaan ringgit sehari dalam kempen 11.11 Lazada

KUALA LUMPUR,. Jenama tempatan terkemuka Malaysia menjana 25 kali lebih banyak jualan berbanding hari biasa pada Jualan 11.11 Lazada, dengan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) terunggul mencatat jualan mencecah satu juta ringgit.

Ketika ekonomi tempatan pulih secara beransur-ansur, PMKS tempatan terus membangun pada kadar yang pantas dengan hampir satu daripada setiap dua perniagaan baharu menerima pelanggan dalam talian pertama mereka dalam masa kurang daripada tujuh hari selepas menyertai Lazada, menjelang musim beli-belah Lazada 11.11 baru-baru ini.

“Kami teruja melihat PMKS dan jenama tempatan melaksanakan pendigitalan dan menunjukkan trend pertumbuhan yang kukuh daripada penubuhan kedai dalam talian sehingga ke jualan pertama dan seterusnya, kata Darren Rajaratnam, Ketua Pegawai Operasi Lazada Malaysia.

“Kami kagum dengan kecekalan mereka dan akan terus menyokong pertumbuhan perniagaan tempatan dengan menghubungkan mereka kepada komuniti pembeli dalam talian kami,” katanya dalam kenyataan dikeluarkan hari ini.

Menurut laporan Indeks Keyakinan Perdagangan Digital (DCCI) Lazada yang terkini, 76 peratus daripada penjual dalam talian di Asia Tenggara menyatakan bahawa mereka yakin terhadap pertumbuhan masa depan walaupun menghadapi persekitaran operasi yang mencabar.

Lazada Malaysia mendapati peningkatan 24 kali ganda dalam jumlah pembeli tempatan di platformnya pada dua jam pertama Jualan 11.11 tahun ini berbanding hari biasa dalam tempoh yang sama.

Perniaga-perniaga tempatan menggunakan peningkatan ini sebagai batu loncatan untuk menarik pelanggan baharu dan menggiatkan pertumbuhan digital mereka, katanya.

Koo Ye Fei, pengasas jenama tilam tempatan popular, NeckPro, berkata: “Tahun ini merupakan tahun ke-5 kami menyertai Jualan 11.11 Lazada dan jenama kami terus menawarkan nilai hebat kepada pelanggan.

“Pada kempen 11.11 Lazada baru-baru ini, kami bukan sekadar mencatatkan peningkatan jualan luar biasa sebanyak 25 kali ganda berbanding hari biasa tetapi juga mengukuhkan kesedaran jenama kami dan meningkatkan bahagian pasaran di LazMall,” kata Koo.

Sebagai salah satu daripada peserta eDagang utama pertama di Malaysia yang bantu membentuk ekonomi digital yang kini pesat berkembang, Lazada memainkan peranan penting untuk memacu transformasi digital bagi PMKS dan juga syarikat-syarikat besar.

Untuk maklumat lanjut tentang Lazada, pakej Pintar Niaga Lazada untuk PKS dan untuk mendaftar sebagai penjual, layari https://lzd.co/MegaSale; http://lzd.co/SellerPPN; and http://lzd.co/SellOnLazadaMY. – Bernama

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )