PENJANA Bantu Rancakkan Sektor Ekonomi, Agromakanan – Ronald Kiandee

oleh
Adriana Mroon Ambrose

PUTRAJAYA: Dalam menghadapi cabaran ekonomi negara susulan pandemik COVID-19, kerajaan memperkenalkan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) bagi memperkasakan rakyat dan merangsang ekonomi. Bertemakan ‘Bersama Menjana Ekonomi’, menerusi PENJANA, kerajaan telah mengenal pasti tiga teras utama iaitu memperkasakan rakyat, melonjakkan perniagaan dan merangsang ekonomi.

Secara keseluruhannya, kerajaan telah menggariskan 40 inisiatif dengan peruntukan RM35 bilion bagi mencapai matlamat tersebut dengan RM10 bilion meru-pakan suntikan fiskal langsung daripada kerajaan.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Ronald Kiandee berkata, PENJANA adalah satu pelan yang komprehensif dan bertepatan bagi merancakkan semula sektor agromakanan negara daripada keadaan ekonomi yang terjejas.

Dalam sektor industri pertanian dan makanan, Dana Agrofood sebanyak RM350 juta disediakan bagi memastikan kelangsungan pengusaha pertanian dan komoditi menerusi PENJANA. “Dana tersebut akan di-salurkan kepada semua pengusaha sektor pertanian dan makanan yang layak termasuk di Sabah dan Sarawak melalui Skim Pembiayaan Mikrokredit di bawah Agrobank.

“Kemudahan pembiayaan yang disediakan adalah bernilai maksimum RM50,000 untuk setiap usahawan bagi tempoh sehingga lima tahun dengan kadar faedah 3.5 peratus dan tiada cagaran diperlukan.

“Skim ini dijangka memberi manfaat kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang berada dalam kategori berpendapatan rendah (B40) untuk membantu memulihkan aliran tunai operasi perniagaan dan membangunkan semula projek atau perniagaan yang terkesan akibat penularan wabak COVID-19.

“Dana ini turut memberi peluang kepada usahawan untuk mendapatkan modal pusingan bagi perniagaan mereka. “Ia juga merupakan ga-lakan kepada usahawan baharu yang ingin menceburi bidang agromakanan sebagai modal permulaan selain turut membantu pengusaha sedia ada terutama peniaga pasar tani, pasar nelayan dan pasar pagi,” katanya pada wawancara khas bersama Utusan Borneo di Kementerian Pertanian dan Industri Makanan di Putrajaya, Rabu lalu.

Mengulas lanjut, Kiandee memberitahu kementeriannya menyasarkan lima kelompok usahawan mikro daripada sektor agromakanan iaitu Usahawan Tani di bawah Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK), nelayan di bawah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) serta Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT), pesawah padi, perniagaan baharu berasaskan pertanian dan makanan serta perusahaan sedia ada berasaskan pe-ngeluaran tani termasuk usahawan mikro.

“Melalui dana ini, ko-muniti agro akan diberikan kemudahan pembiayaan tanpa cagaran seperti had pembiayaan minimum RM1,000 dan RM50,000 bagi setiap individu serta tempoh pembiayaan maksimum sehingga lima tahun. “Saya berharap skim ini dapat menggalakkan lebih ramai golongan muda untuk menceburi bidang agromakanan terutama mereka yang kehilangan pekerjaan tapi berminat de-ngan bidang agromakanan,” jelasnya.

BERMANFAAT: Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Pulai Indah, Jasin, Melaka Norhisyam Zahari (kiri) memeriksa cili kulai yang ditanam di bawah projek pertanian bandar yang diusahakan komuniti Kawasan Rukun Tetangga Taman Pulai Indah. — Gambar Bernama

Projek Pertanian Bandar mampu jana pendapatan sampingan

APABILA ditanya tentang Projek Pertanian Bandar di bawah PENJANA, Kiandee berkata ia bukanlah perkara baharu kerana projek tersebut telah dilaksanakan sejak tahun 2014 lagi.

“Saya bagi contoh Komuniti Perumahan Awam Perlis 2, kebanyakan komuniti tersebut melibatkan diri dengan projek ini mengu-sahakan tanaman sayuran secara kecil-kecilan untuk kegunaan sendiri dan menambahkan pendapatan sampingan melalui penjualan lebihan hasil tanaman.

“Melalui PENJANA, kerajaan telah menyasarkan peruntukan sebanyak RM10 juta untuk Projek Pertanian Bandar. Peruntukan ini akan memanfaatkan 800 komuniti dan 12,000 penyertaan individu baharu dalam program ini.

“Antara bantuan yang disediakan adalah insentif ‘one-off’ berbentuk benih, baja, infrastruktur, peralatan, khidmat nasihat dan latihan bernilai RM500 bagi penerima individu dan RM50,000 bagi setiap komuniti.

“Pada masa sama, pelaksanaan Projek Pertanian Bandar di bawah PENJANA adalah bertujuan untuk membantu mengurangkan kos sara hidup rakyat khusus kepada penduduk bandar dan pinggir bandar yang terkesan akibat penularan wabak COVID-19.

“Selain itu, ia juga membantu mewujudkan interaksi sosial dan menggalakkan komunikasi di kalangan komuniti bandar dan dapat memastikan bahan makanan adalah selamat dimakan, membantu dalam kelestarian alam sekitar dan mempromosi budaya pertanian dalam kalangan komuniti,” jelas beliau.

Projek Pertanian Bandar di bawah PENJANA adalah terbuka kepada warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas dan terhad kepada satu permohonan sahaja.

Bagi kategori komuniti, projek hendaklah dilaksana di sekitar kediaman secara berkumpulan dengan bilangan minimum 10 peserta. Manakala, bagi kategori individu, projek dilaksanakan secara individu di kawasan kediaman masing-masing.

Matlamat utama projek ini adalah untuk menggalakkan penduduk setempat mengeluarkan sendiri bahan makanan bagi menampung keperluan harian serta mengurangkan kos sara hidup.

Kementerian Pertanian dan Industri Makanan menyasarkan projek ini akan dapat membantu peserta menjana pendapatan sampingan melalui jualan lebihan hasil pengeluaran selain menyokong usaha kerajaan dalam menjamin kualiti dan sekuriti makanan negara.

Projek ini juga diharap dapat memupuk kesedaran dan minat terhadap kepentingan pertanian sebagai penyumbang terus kepada kesejahteraan serta keceriaan persekitaran komuniti bandar.

Agrofood Workforce Mobility strategi serampang dua mata

TAMBAH Kiandee lagi, selain Projek Pertanian Bandar dan Skim Pembiayaan Mikrokredit di bawah Agrobank, satu lagi inisiatif lain di bawah PENJANA bagi sektor pertanian dan makanan adalah Agrofood Workforce Mobility iaitu insentif berjumlah RM40 juta yang diberikan kepada syarikat perintis bagi melatih dan mengajar tenaga kerja untuk menceburi bidang pertanian dan perladangan.

“Agrofood Workforce Mobility merupakan strategi serampang dua mata bagi membangunkan modal insan sektor agromakanan yang terjejas semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dan pada masa yang sama membantu sektor lain yang turut terjejas terutamanya yang melibatkan sektor agromakanan.

“Antara program yang akan dilaksanakan dalam Agrofood Workforce Mobility ialah MyFutureAgro yang mana kerajaan akan melantik syarikat peneraju untuk menyediakan ‘on-job-training’ antara satu hingga enam bulan kepada peserta yang ingin menceburi bidang pertanian dan perladangan.

“Sepanjang tempoh tersebut, syarikat yang telah dilantik akan menerima elaun penggajian dan peserta program akan menerima bayaran elaun mobility.

“Bagi peserta yang terpilih, mereka akan menerima latihan asas teknikal tidak lebih satu bulan sebelum dihantar ke syarikat berteknologi tinggi.

“Bagi peserta yang Berjaya menamatkan latihan dan pendidikan semula pertanian, mereka akan diberikan geran oleh kementerian. “Geran itu akan diberikan jika mereka mempunyai pelan pembangunan projek dalam agromakanan dan industri makanan di bawah Geran Agropreneur Muda dan Skim Pembiayaan Mikro Agrobank,” katanya.

Pengusaha tanaman Melon Manis Terengganu, Muhammad Subri Zaid, 35, (tengah) bersama pekerjanya memetik melon manis yang telah masak untuk dijual ketika ditemui di Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Peradong, Manir, Kuala Terengganu baru-baru ini. Pelbagai skim program dan insentif di bawah PENJANA bukan sahaja dapat merancakkan semula sektor agromakanan negara, tetapi juga menjamin sekuriti makanan negara. — Gambar Bernama

Program bawah PENJANA jamin sekuriti makanan negara

KIANDEE berkata lagi, melalui pelbagai skim, program dan insentif di bawah PENJANA, ia bukan sahaja dapat merancakkan semula sektor agromakanan negara daripada keadaan ekonomi yang terjejas, tetapi juga menjamin sekuriti makanan negara.

“Walaupun secara amnya, bekalan makanan negara berada pada tahap yang dijamin mencukupi dan mudah diperolehi, namun pada masa sama terdapat keperluan untuk meneliti kedudukan sekuriti makanan negara bagi memastikan tahap jaminan sekuriti makanan berada dalam keadaan stabil dan terkawal dari segi ketersediaan, akses, selamat dan mampu diperolehi oleh rakyat sepanjang masa, walaupun pada waktu sukar atau ketidakpastian pada masa hadapan.

“Melalui inisiatif khusus yang ditawarkan di bawah PENJANA dapat membantu pengusaha kecil dan sederhana meneruskan aktiviti perta-nian dan pengeluaran makanan masing-masing melalui Skim Pembiayaan Mikro Agromakanan bagi meringankan bebanan para pengusaha dan membantu aliran tunai operasi perni-agaan.

“Program Pertanian Bandar akan menggalakkan aktiviti penanaman di kalangan komuniti bandar dan pinggir bandar untuk tujuan sara diri dan dapat menjana pendapatan untuk individu dan komuniti dalam tempoh jangka panjang. “Ia juga dapat mem-bangunkan modal insan agromakanan dan pada masa sama dapat mobilasikan bekalan dari sektor lain yang terjejas ke sektor makanan. “Inisiatif ini akan menyum-bang kepada kelangsungan aktiviti pertanian dan pengeluaran makanan ke arah sekuriti makanan negara,” jelas beliau.

Pemain industri pertanian di peringkat akar umbi perlu mengambil peluang menyertai program di bawah PENJANA di mana sahaja mereka berada.

      Promosi PENJANA di semua peringkat dipergiat

SEBAGAI sebuah kementerian yang menggalas tanggungjawab besar dalam pertanian negara, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan sedia maklum akan isu akses Internet yang terhad di Sabah dan Sarawak.

Kiandee berkata, mana-mana ahli komuniti atau individu di Sabah dan Sarawak yang berminat menyertai projek ini boleh mengunjungi atau menghubungi Pejabat Pertanian Daerah berdekatan untuk perkhidmatan atau keterangan lanjut.

“Semua agensi di bawah kementerian akan giat mem-promosi di semua peringkat supaya lebih ramai mendapat maklumat inisiatif ini.

“Untuk tujuan ini juga, saya juga turun padang berjumpa dengan pemain industri dan golongan sasar di akar umbi bagi mendengar pendapat mereka dan pada masa sama, saya berkongsi inisiatif serta bantuan yang disediakan menerusi kementerian.

“Kesemua skim, program dan insentif di bawah PENJANA ini haruslah dilaksanakan dengan cepat, tepat dan efisien supaya dimanfaatkan oleh rakyat,” katanya.

 

-utusanborneo

 

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )