Peniaga Petaling Street sertai Shopee

KUALA LUMPUR, 2 Feb — Persatuan Penjaja danPeniaga Kecil Kuala Lumpur dan platform e-dagang, Shopeeakan bekerjasama membawa peniaga Petaling Street ke atastalian sempena perayaan Tahun Baru Cina yang bakaldisambut tidak lama lagi.

Inisiatif yang dikenali sebagai “Petaling Street Goes Ong-Line” akan menyaksikan peniaga yang terlibatdipromosikan menerusi inisiatif “Buy Malaysia” di Shopee, seterusnya membolehkan produk mereka dipasarkan dandijual ke seluruh negara.

Peniaga-peniga di Petaling Street yang juga dikenalisebagai Chinatown Malaysia, sebelum ini dilaporkanmengalami kerugian hingga 95 peratus disebabkan PerintahKawalan Pergerakan (PKP) 2.0 yang sedang dilaksanakan di negara ini ekoran pengumuman kes harian positif Covid-19 yang masih tinggi.

Pengerusi Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Kuala Lumpur, Datuk Ang Say Tee berkata, ahli-ahli persatuan kinimempunyai bekalan yang berlebihan bagi barangan sambutanTahun Baru Cina seperti pakaian yang berkaitan denganTahun Lembu dan pelbagai barangan lain.

“Dengan kerjasama ini, kami berharap agar rakyatMalaysia dapat menyokong vendor kami dengan membelibarangan keperluan Tahun Baru Cina daripada mereka danmembantu kami melindungi warisan Petaling Street,” katanyadalam satu kenyataan baru-baru ini.

Sementara itu, Pengarah Urusan Serantau Shopee, Ian Ho berkata, platform e-dagang tersebut berharap dengan aksespasaran ke seluruh Malaysia termasuk Perlis dan Sarawak, para peniaga bukan sahaja dapat mengelak kerugian malahjuga memperoleh keuntungan yang meningkat.

“Walaupun ini merupakan langkah jangka pendek, kami percaya dapat membantu dari segi aliran tunai dan Shopeeakan terus mencari kaedah baru untuk memberi sokongankepada para peniaga ini selepas perayaan Tahun Baru Cina,” katanya.

Sebagai permulaan inisiatif, lebih daripada 1,500 barangan akan ditawarkan dalam koleksi khas “Petaling Street Goes Ong-Line” di Shopee yang bermula dari serendah 88 sen.

Para peniaga yang mengambil bahagian juga dapatmenikmati peningkatan dalam aliran trafik pelangganmemandangkan Shopee 2.2 Jualan Tahun Baru Cina sedangberlangsung di platform ini. Jualan tersebut akan berakhirpada 13 Februari.

Selain itu, para peniaga akan dapat memanfaatkanbengkel e-dagang percuma Shopee University yang dikendalikan dalam Bahasa Mandarin, Bahasa Malaysia danBahasa Inggeris untuk mengetahui cara-cara bagi menambahbaik jualan atas talian.

–BERNAMA

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )