Pantau keperluan barangan import sepanjang PKPB – Che Abdullah

RANTAU PANJANG, 3 Mei — Kementerian Pertanian dan Industri Makanan akan menilai semula keperluan untuk mengimport barangan hasil pertanian, terutamanya dari Thailand apabila sektor ekonomi kembali beroperasi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), mulai esok.

Timbalan Menteri II kementerian itu, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), keperluan untuk mengimport barangan itu tidak begitu besar, kerana bekalan pertanian tempatan mencukupi.

“Kebergantungan kepada (barang) import dari luar mungkin tidak berlaku perubahan yang banyak (jika ada). Kita akan lihat keperluan itu, apabila beberapa sektor terutama ekonomi kembali beroperasi,” katanya.

Terdahulu Che Abdullah mengadakan lawatan ke pusat pemeriksaan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang di sini, hari ini.

Beliau juga melakukan pemeriksaan perjalanan barangan pertanian termasuk sayur, buah dan hasil laut dari Thailand, untuk menampung permintaan rakyat negara ini.

— BERNAMA

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )