MyDIGITAL Corp bersedia bantu sektor swasra dalam ekonomi digital

MyDIGITAL Corp bersedia bantu sektor swasra dalam ekonomi digital

PUTRAJAYA,. MyDIGITAL Corporation yang telah ditugaskan untuk menyampaikan inisiatif nasional Pelan Tindakan Ekonomi Digital Malaysia untuk mengubah Malaysia menjadi peneraju serantau dan dipacu digital dalam ekonomi digital sentiasa bersedia untuk memudahkan sektor swasta terlibat dalam projek kerajaan bagi mempercepatkan ekonomi digital di Malaysia.

Pengurus Kanannya Haily Hussein berkata penglibatan sektor swasta dalam mempercepatkan ekonomi digital di Malaysia adalah penting termasuk penggunaan teknologi baharu untuk memacu inovasi.

Bagaimanapun, beliau berkata sektor swasta yang mempunyai hasrat untuk bekerjasama dengan kerajaan mungkin menghadapi beberapa cabaran termasuk dasar dan peraturan.

“Di MyDIGITAL, kami akan memudahkannya, menyediakan platform untuk menyelesaikan isu dasar atau pelbagai rintangan lain, sekiranya ada yang mungkin menghalang pelaksanaan projek,” katanya pada taklimat media Pasukan Petugas MyDIGITAL Catalytic Projects di sini pada Khamis.

Beliau berkata pasukan petugas itu telah menghubungi beberapa syarikat teknologi Malaysia yang terlibat dalam bidang data besar, pengkomputeran awan dan pembelajaran mesin untuk melabur dalam projek kerajaan pada masa depan termasuk kesihatan pintar, pendidika, pelancongan dan perdagangan digital.

“Apabila kami sebagai pasukan petugas mengadakan libat urus dengan mereka, kami bertanya jenis teknologi yang mereka gunakan supaya kami dapat memahami sejauh mana penggunaan teknologi secara menyeluruh untuk projek khusus itu.

“Sebagai contoh, sebuah syarikat pembuatan ingin meningkatkan perniagaan mereka melalui teknologi robotik tetapi ia memerlukan infrastruktur tertentu jadi kami akan membantu untuk memudahkan sektor swasta membawa masuk peralatan tertentu untuk menyelesaikan isu syarikat pembuatan tersebut,” katanya.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )