MDEC anjur Sidang Kemuncak Digital PKS dari 11 hingga 13 Ogos

KUALA LUMPUR,. Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) akan melancarkan Sidang Kemuncak Digital PKS (SME Digital Summit) yang pertama, ia adalah sebuah platform maya bagi memperkasakan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk mempercepatkan digital dengan memupuk minda transformasi digital di antara perniagaan ini dan membolehkan mereka mempercepat perjalanan digitalisasi mereka.

MDEC berkata sidang kemuncak itu yang akan berlangsung dari 11 hingga 13 Ogos itu, diharapkan dapat menampung sehingga 100,000 peserta yang akan menyertai pelbagai perbincangan digital, persidangan, bengkel dan klinik latihan dianjurkan dengan kerjasama 60 rakan niaga.

“Pelbagai syarikat multinasional dan perusahaan tempatan akan menyertai sidang kemuncak itu, termasuk MAXIS, Digi, Amazon Web Services dan DELL Technologies,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebanyak 12 sesi panel yang menampilkan perbincangan mengenai 10 bidang pendigitalan dan bagaimana ia dapat digunakan di 10 sektor perniagaan utama akan dijalankan pada sepanjang acara tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutif Surina Shukri berkata MDEC sentiasa menyokong PKS tempatan dengan mempertingkatkan kemampuan, pembangunan pengetahuan dan bimbingan yang akan membantu mereka untuk menerapkan penggunaan digital dengan lebih baik.

“Ini sangat penting bagi perniagaan kita untuk maju kerana mereka akan mendorong PKS untuk menggunakan aplikasi digital. Apa yang penting, mereka akan memanfaatkan peluang pasaran baharu dan memanfaatkan potensi US$300 bilion (US$1 = RM4.19) yang ditawarkan oleh ekonomi internet ASEAN,” katanya.

Ia akan mempercepatkan usaha Malaysia dalam mengembangkan ekonomi digitalnya dan seterusnya memastikan kesejahteraan bersama untuk semua.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (1 )