Malaysia terus terokai peluang kerjasama dengan Uzbekistan

Malaysia terus terokai peluang kerjasama dengan Uzbekistan

PUTRAJAYA,. Malaysia akan terus meneroka peluang kerjasama yang baharu dalam sektor pertanian dan industri makanan dengan Uzbekistan.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata demikian ketika menerima kunjungan hormat Duta Besar Uzbekistan ke Malaysia Tuan Yang Terutama Ravshan Usmanov di Wisma Tani di sini, semalam.

Menurut Ronald, melalu perjumpaan tersebut, kedua-dua pihak berbincang mengenai pelbagai aspek hubungan dua hala antara Malaysia dan Uzbekistan dalam sektor pertanian dan industri makanan.

“Uzbekistan adalah negara rakan dagangan Malaysia di Asia Tengah yang mempunyai potensi pasaran yang tinggi.

“Hubungan baik menyaksikan antara Januari hingga November tahun 2020, perdagangan pertanian antara dua negara memihak kepada Malaysia berjumlah RM115.03 juta.

“Ini membabitkan nilai eksport perdagangan pertanian Malaysia ke Uzbekistan berjumlah RM145.97 juta dan nilai import berjumlah 30.94 juta.

“Produk eksport kebanyakanya adalah produk kopi, koko, teh, rempah dan buah-buahan, manakala produk import adalah sayur-sayuran dan buah-buahan,” katanya dalam satu kenyataan media.

Hadir sama, Ketua Setiausaha MAFI Datuk Haslina Abdul Hamid dan Ketua Pengarah Jabatan Pertanian Datuk Mohd Nasir Wassir.

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )