MAFI tawar pembiayaan RM5 juta kepada 82 usahawan seluruh negara

TANAH MERAH,. Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) menawarkan pembiayaan sebanyak RM5 juta kepada 82 usahawan di seluruh negara tahun ini menerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), kata Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan ll (MAFI) Datuk Che Abdullah Mat Nawi.

Che Abdullah berkata antara saluran kerajaan bagi membantu usahawan ialah Program Tabung Pembangunan Usahaniaga Peladang (TPUP) bagi meningkat dan memantapkan usahawan peladang yang mempunyai jaringan perniagaan dengan LPP.

“Pembiayaan di bawah TPUP antara lain bertujuan meningkatkan bilangan usahawan peladang yang menghasilkan produk memenuhi tahap piawaian tempatan dan boleh memasuki pasaran antarabangsa,” katanya kepada pemberita selepas meras-mikan Pusat Jualan Produk Hiliran Ladang, Kampung Tirok, Gual Ipoh di sini, semalam.

Katanya, kementerian melalui LPP sentiasa memberikan khidmat nasihat dan bimbingan kepada usahawan-usahawan peladang untuk lebih berjaya dalam projek yang diusahakan.

“MAFI melalui Lembaga Pertubuhan Peladang, AgroBank dan pelbagai jabatan serta agensi lain di kementerian ini komited dalam memberi bantuan dan kemudahan pinjaman supaya lebih ramai pengusaha terutamanya anak-anak muda menceburi bidang pertanian dan industri makanan.

Tahun ini, MAFI juga telah menerima sebanyak RM50 juta untuk Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) dan RM400 juta untuk PENJANA (Pelan Jana Semula Ekonomi Negara),” katanya.

Pada majlis yang sama Che Abdullah berkata usahawan khususnya dalam bidang pertanian dan perladangan perlu lebih berdikari dengan tidak semata-mata mengharapkan bantuan daripada kerajaaan, katanya.

“Usahawan mesti mempu-nyai kemahuan untuk berdikari kerana ia platfrom untuk mereka berjaya… kerajaan faham bidang pertanian merupakan bidang yang susah, bahaya oleh itu kita sentiasa menyediakan pakej-pakej bantuan kepada usahawan.

Bantuan kerajaan hanya cara untuk mempercepatkan dan membuka jalan untuk membantu usahawan memperolehi kerjayaan selebihnya mereka (usahawan) itu sendiri perlu berdikari dan lebih kreatif,” katanya.

— Bernama

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )