MAFI aktifkan survelan untuk pemeriksaan ternakan ladang – Ronald

MAFI aktifkan survelan untuk pemeriksaan ternakan ladang – Ronald

SHAH ALAM,. Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) melalui Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) mengambil tindakan segera mengaktifkan survelan menerusi DVS Negeri serta Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan (MAQIS) untuk menjalankan pemeriksaan ke atas ternakan di ladang-ladang dan premis kuarantin.

Menterinya Datuk Seri Dr Ronald Kiandee. berkata langkah itu bagi mengesan sekiranya terdapat ternakan yang menunjukkan tanda- tanda klinikal Lumpy Skin Disease atau penyakit kulit kental/berbonjol (LSD).

“Bagi mencegah risiko kemasukan virus LSD menerusi pengimportan ternakan hidup, MAFI melalui DVS juga telah menggantung pengimportan ternakan lembu/kerbau bagi tujuan pembiakan dan penyembelihan dari negara terjangkit seperti Thailand berkuat kuasa pada 7 Jun 2021,” katanya dalam kenyataan semalam selepas mengadakan lawatan kerja ke Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Bernam Jaya, Sabak Bernam Selangor.

Ronald berkata DVS akan terus mengaktifkan program survelan di lapangan menerusi pemeriksaan fizikal di semua ladang/kandang ternakan di seluruh negara bagi mengesan ternakan terjangkit.

Beliau berkata tindakan pengawalan dan pencegahan LSD adalah melalui prosedur operasi standard (SOP) Kawalan Penyakit Berjangkit dan SOP Pengurusan Ternakan di Lapangan.

Ronald juga menyarankan penternak agar mempertingkatkan amalan perladangan yang baik dari aspek biosekuriti, kebersihan ladang, kawalan makhluk perosak, sumber air bersih dan sumber makanan daripada pengilang yang mempunyai pensijilan Amalan Pengilangan Baik (GMP).

Kawalan, pencegahan, dan pembasmian yang cekap dan bertanggungjawab oleh semua pihak berkepentingan adalah sangat penting bagi memastikan penularan LSD di Malaysia dapat dibendung bagi memastikan pengeluaran ruminan tidak terjejas dan menjamin kelestarian industri ruminan negara. katanya.

— Bernama

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )