KPLB lancar Karnival Usahawan Desa dalam talian, jualan bermula 11 Nov

KPLB lancar Karnival Usahawan Desa dalam talian, jualan bermula 11 Nov

KUALA LUMPUR,. Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) buat julung kalinya melancarkan Karnival Usahawan Desa 2020 secara dalam talian ([email protected] 2020) bermula dengan jualan siber pada 11 dan 25 Nov 2020 serta jualan mega pada 4 hingga 6 Dis 2020.

Menurut kementerian itu, pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia pada awal tahun ini telah menjadikan program berbentuk digital sebagai satu keperluan mustahak dalam usaha KPLB membantu para usahawan luar bandar menjalankan perniagaan dengan norma baharu.

Mengunakan tagline #eKUDPRIHATIN, program ini selari dengan inisiatif kerajaan dalam membantu usahawan meneruskan kelangsungan perniagaan terutamanya dengan beralih kepada platform digital, katanya dalam kenyataan hari ini.

Pengisian karnival ini antara lain meliputi kios digital, jualan siber [email protected] 2020 dan jualan mega [email protected] 2020.

“Pelbagai bahan berbentuk audio visual berkaitan program pembangunan keusahawanan dan program teras KPLB juga boleh dicapai secara percuma oleh orang ramai yang melayari [email protected] 2020 sepanjang tempoh program, 24 jam sehari tanpa henti di laman sesawang www.ekud.my,” menurut KPLB.

Pengunjung yang membuat pembelian dalam talian dan memenuhi syarat semasa tempoh jualan mega [email protected] 2020 akan berpeluang menyertai cabutan bertuah untuk memenangi pelbagai hadiah menarik.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )