Kerajaan bina daya tahan PKS melalui pelbagai inisiatif

Kerajaan bina daya tahan PKS melalui pelbagai inisiatif

KUALA LUMPUR,. Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) membentuk komponen terpenting dalam ekonomi Malaysia, tetapi pandemik COVID-19 telah mendedahkan kerapuhan dalam cara PKS menjalankan perniagaan mereka.

Bagaimanapun, campur tangan kerajaan melalui PRIHATIN dan PRIHATIN PKS+ dijangka membantu dapat membantu PKS untuk terus bertahan dalam persekitaran perniagaan yang mencabar ketika ini, kata Kementerian Kewangan (MoF) dalam laporan Tinjauan Ekonomi 2021 yang dikeluarkan hari ini.

Pandemik ini juga telah mewujudkan normal baharu dalam amalan perniagaan termasuk penggunaan model perniagaan digital, mengorientasikan semula rantaian bekalan dan menyesuaikan perniagaan dengan peralihan tingkah laku pengguna.

Oleh itu, adalah penting untuk memastikan kemampanan dan daya tahan PKS pada sepanjang masa, kata kementerian itu.

Ini boleh dibuat melalui pelaksanaan inisiatif seperti mempercepatkan langkah pendigitalan, mengguna pakai perancangan kewangan strategik dan meningkatkan keupayaan penjenamaan.

Penggunaan digital adalah perlu untuk mengubah PKS menjadi lebih berdaya saing dan berdaya tahan.

“Pendigitalan membantu perniagaan agar lebih memahami pelanggan mereka, mengukur keberkesanan kempen pemasaran, meningkatkan kecekapan operasi perniagaan, transformasi produk dan memperkasakan pekerja,” katanya.

Pelbagai kajian mengesahkan bahawa mengguna pakai perancangan kewangan strategik akan meningkatkan prestasi perniagaan dan kadar kejayaan PKS.

MoF ketika memetik kaji selidik yang dijalankan oleh Bank Negara Malaysia berkata lebih 70 peratus keperluan pembiayaan PKS diperoleh secara dalaman atau daripada simpanan peribadi, manakala selebihnya didapatkan daripada bank serta institusi pembangunan kewangan dan mikrokredit.

Sekarang ini, PKS tempatan hanya merangkumi 18 peratus daripada jumlah eksport disebabkan kekurangan pengetahuan mengenai akses pasaran dan kesediaan untuk eksport.

“Terdapat keperluan untuk PKS mengguna pakai kaedah kos efektif melalui pendekatan berorientasikan teknologi bagi mengkomersialkan produk mereka,” katanya.

PKS merangkumi 98.5 peratus daripada jumlah pertubuhan perniagaan di negara ini, terutamanya dalam sektor perkhidmatan.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )