Karnival Usahawan Desa tawar jualan secara maya

Karnival Usahawan Desa tawar jualan secara maya

KUALA LUMPUR,. Dalam usaha membantu usahawan luar bandar menjalankan perniagaan mengikut norma baharu akibat pandemik COVID-19, Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) menganjurkan Karnival Usahawan Desa secara dalam talian dikenali sebagai [email protected] 2020, bermula Rabu ini.

Karnival akan berlangsung secara berperingkat iaitu Booth Digital dan Jualan Siber (11 dan 15 Nov) manakala Jualan Mega pada 4 Dis hingga 6 Dis, yang bertujuan membantu memasarkan pelbagai produk berkualiti para usahawan luar bandar.

Menurut kenyataan KPLB, program Booth Digital menyasarkan 500 buah gerai berbentuk digital seperti Booth Usahawan, Booth Agensi Kerajaan, Booth Korporat dan Booth Jemputan yang menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan yang boleh dibeli secara dalam talian seperti makanan dan minuman, jualan hartanah dan khidmat pelancongan.

Segmen Jualan Siber [email protected] 2020 yang merupakan inisiatif perkongsian strategik [email protected] memasarkan produk hampir 2,000 usahawan luar bandar secara e-dagang melalui platform Lazada, Shopee, eBay, PrestoMall dan GrabMart.

Program Jualan Mega [email protected] 2020 pula menyasarkan penglibatan lebih 100 usahawan luar bandar dengan pertemuan pembeli dagangan dari dalam dan luar negara jemputan oleh agensi kerajaan bermula 10 pagi sehingga 10 malam.

Orang ramai dan usahawan perlu mendaftar di laman sesawang www.ekud.my untuk menyertai platform usahawan digital dan dipantau secara rasmi oleh KPLB bagi menjamin transaksi pembelian yang lebih selamat serta berpeluang untuk menyertai cabutan bertuah sekiranya membuat pembelian dalam talian.

KPLB berharap program-program berkenaan akan dapat memberikan semangat baharu kepada usahawan luar bandar, meningkatkan keuntungan perniagaan di samping dapat merancakkan semula ekonomi negara.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )