Jualan harumanis meningkat semasa PKP

KANGAR – Permintaan buah mangga harumanis tahun ini meningkat walaupun sebelum ini timbul kebimbangan berlaku lambakan
pengeluaran berikutan Perintah Kawalan Pergera kan(PKP).

Mangga Harum Manis

Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Perlis, Mohamad Paisal Amri berkata,
beliau tidak menyangka buah mangga harumanis yang dituai pada Mac hingga April setiap tahun itu mendapat permintaan tinggi ketika ini.

“Perlis merekodkan sebanyak 20.75 tan pengeluaran mangga harumanis
sepanjang minggu ini.

“Sebelum ini, rata-ratapengusaha mangga harumanis risau berlaku lambakan
hasil tanaman apabila PKP dilaksanakan namun siapa sangka permintaan yang diterima menerusi jualan dalam talian mengalami peningkatan,” katanya. – Bernama

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )