Jualan dalam talian HSA Cheaper Mart melonjak

Jualan dalam talian HSA Cheaper Mart melonjak

KUALA LUMPUR,. Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lalu, tanpa pula diduga telah mengubah pola perniagaan malah keadaan tersebut tanpa diduga membuatkan sektor peruncitan mengalami peningkatan jualan luar biasa,

Pemilik HSA Cheaper Mart, Datuk Muhamad Riduwan Safrizal berkata, pasar raya tersebut mendapat permintaan luar biasa sejak bermula PKP dikuat kuasa dengan nilai jualan yang dicatatkan pernah mencecah RM10,000 sehari berbanding RM300 sahaja sebelum itu.

Beliau berkata, perkhidmatan penghantaran menerusi pesanan WhatsApp meningkat dari sehari ke sehari dengan menerima antara 50 hingga 100 tempahan setiap hari.

Jualan dalam talian yang kini pesat berkembang katanya, bukan sekadar memberi ruang kepada orang ramai mendapatkan pelbagai jenis barang makanan khususnya ayam, ikan, daging atau pun sayur-sayuran dan buah-buahan segar, malah ia terus sampai ke rumah tanpa perlu ke pasar.

“Pada zaman teknologi ini, isu kesuntukan masa sudah tidak timbul lagi dan segala-galanya ada di hujung jari. Apatah lagi, kerajaan kini hanya membenarkan ketua keluarga keluar rumah membeli barang keperluan ketika PKP.

“Jadi dengan adanya pekhidmatan penghantaran barangan, golongan isteri berpuas hati dengan tempahan kerana mereka boleh membeli secara terus dalam talian dan barang yang ditempah itu akan sampai keesokan hari mengikut tempahan mereka,” katanya yang ditemui di pasar raya HSA Cheaper Mart di Ukay Perdana di sini hari ini.

HSA Cheaper Mart mula beroperasi sejak Januari lalu adalah milik HSA Trading Capital Bhd., iaitu pengeluar dan pemborong produk muslim serta pengeluar produk makanan berjenama Sherwani.

Ketika tempoh PKP, kata Muhamad Riduwan, pasar raya itu beroperasi dari pukul 8 pagi hingga 8 malam setiap hari demi memudahkan semua urusan pelanggan.

Jelasnya, tempahan jualan melalui dalam talian disediakan mulai pukul 2 petang hingga 10 malam dan
ke semua penghantaran setiap tempahan mula dihantar keesokan harinya bermula seawal pukul 10 pagi.

 

HSA Cheaper Mart
Caj penghantaran dikenakan mengikut harga ditetap oleh syarikat penyedia perkhidmatan penghantaran seperti Lalamove, Bungkus It dan Grab Food.

“Kami sediakan barangan basah segar dan murah dengan bekalannya kami peroleh di pasar borong berdekatan. Semua urusan tempahan, bungkus dan penghantaran kami buat sendiri.

“Pengguna boleh membuat pembayaran ketika penghantaran sampai di rumah atau secara atas talian. Ketika ini kami gunakan perkhidmatan tiga penghantar barang menggunakan kereta untuk menampung permintaan pelanggan. Ketika ini, perkhidmatan penghantaran kami sediakan sejauh 30 kilometer sehingga ke Setia Alam bagi setiap pembelian minimum RM50,” katanya.

Menurut Muhamad Riduwan lagi, sebagai tanda penghargaan bagi pelanggan HSA Cheaper Mart kini menggalakkan mereka mendaftar sebagai ahli dengan yuran RM50 sekali gus membolehkan ahli memenangi wang tunai setiap minggu sehingga RM500 selain pakej mengerjakan umrah.

Untuk sebarang maklumat dan tempahan, orang ramai boleh menghubungi talian 019 400 8966 bagi mendapatkan penjelasan lanjut berkenaan perkhidmatan yang disediakan. – WILAYAHKU

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )