Hari-Hari bantu usahawan kecil jual biskut raya secara percuma

KUALA LUMPUR,. Syarikat pakaian Hari-Hari mengambil inisiatif membantu usahawan kecil yang berdekatan dengan cawangan Hari-Hari dengan menolong mereka menjual kuih atau biskut raya secara percuma.

Syarikat berkenaan melaksanakan usaha itu sempena ‘Kempen Bazaar Kita Tolong Kita 2020’ terhadap 56 cawangannya menurut kenyataan syarikat itu.

“Sewa free dan keuntungan 100 peratus milik usahawan tersebut. Hanya 5 orang yang akan dipilih untuk satu outlet.

“Hanya kuih raya, biskut raya (makanan kering) yang dibenarkan,” menurut kenyataan itu.

Menurutnya lagi, tempoh pendaftaran: bermula 9 May sehingga cukup 5 peniaga satu cawangan manakala

tempoh jualan adalah 12 Mei sehingga 31 Mei 2020. Untuk maklumat lanjut sila layari facebook rasmi Hari-Hari.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )