FAMA bangunkan 2,343 outlet pemasaran kekal

FAMA bangunkan 2,343 outlet pemasaran kekal

BESUT,. Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) berjaya membangunkan 2,343 outlet pemasaran kekal dan separa kekal moden melibatkan 50,189 usahawan bimbin-gan dengan nilai jualan RM137.1 juta sehingga akhir Januari lalu.

Outlet itu seperti Pasar Tani Kekal (PTK), Rural Transformation Centre (RTC), Agrobazaar, Gerai Buah-Buahan Segar (GBBS), Medan Food Truck dan lain-lain.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan I, Datuk Seri Ahmad Hamzah berkata, melalui Agrobazaar sahaja, FAMA merekodkan nilai jualan RM11,892,699.72 berakhir Disember 2020.

Beliau berkata, ia menerusi pemasaran 32,292 produk Stock Keeping Unit (SKU) di keseluruhan lapan Agrobazaar yang dibangunkan di seluruh negara.

Menurutnya, negeri Te-rengganu mempunyai tiga lokasi Agrobazaar iaitu Agrobazaar Nyiur Tujuh di Besut dan Agrobazaar Chendering serta Agrobazaar Permint Jaya di Kuala Te-rengganu.

“Jmlah keseluruhan nilai jualan bagi ketiga-tiga Agrobazaar negeri Terengganu ini mencatatkan RM1,041,555.93 dari Januari 2021 hingga Februari 2021.”

“Untuk data nilai jualan bagi Agrobazaar Nyiur Tujuh, Besut sahaja, ia mencatatkan RM125,705.69 sejak ianya dibuka pada 1 Februari 2021,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Terdahulu Ahmad Hamzah melakukan lawatan kerja ke Agrobazaar Nyiur Tujuh, Besut bagi melihat sendiri Agrobazaar itu yang mana berfungsi sebagai outlet pemasaran dan promosi produk industri makanan serta produk segar.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abd. Rahman; Ketua Pengarah FAMA, Dato’ Haji Zainal Abidin Yang Razalli; Ahli Lembaga Pengarah FAMA, Datuk Wira Haji Ghazale Muhamad dan Ketua Pegawai Eksekutif FAMA Corporation Sdn. Bhd., Faidz Afizi Mohamed.

Sementara itu, Hamzah berkata, pembangunan Agrobazaar Nyiur Tujuh menunjukkan satu lagi usaha oleh FAMA dalam membantu usahawan tani selain dijadikan sebagai hab pemasaran dan jualan produk tempatan berpotensi meraih pendapatan lebih buat mereka.

Katanya, Agrobazaar Nyi-ur Tujuh, Besut telah dibuka pada 1 Februari 2021 dan dibina di tapak Pasar Tani Kekal Nyuir Tujuh, Besut.

Ianya beroperasi setiap hari dari jam 8.00 pagi hingga 10.30 malam dan menawarkan sebanyak 4,200 SKU produk.

“Konsep Agrobazaar Nyi-ur Tujuh merupakan pusat sehenti pelbagai produk industri makanan dan segar, hab jualan secara dalam talian (online) dan lokasi pick up point, hab agro pelancongan bagi mempromosikan produk keluaran tempatan dan sebagai segmentasi pasaran baharu kepada usahawan tani dalam memasarkan produk mereka,” katanya.

Agrobazaar adalah sebuah outlet peruncitan yang berperanan sebagai pusat pemasaran one stop centre dan promosi produk Industri Asas Tani (IAT) serta lain-lain hasil berasaskan pertanian. Projek ini merupakan satu entiti outlet runcit yang berfungsi untuk menyediakan luang pasaran yang kompetitif sebagai pusat jualan dan promosi produk IAT.

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )