CIDB tangguh ICW ke tahun depan

KUALA LUMPUR,.LEMBAGA Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) menangguhkan Minggu Pembinaan Antarabangsa (ICW) yang dijadualkan pada 23 hingga 25 Jun 2020 kepada 2021 berikutan penularan koronavirus (Covid-19).

Datuk Ir Ahmad ‘Asri Abdul Hamid

Ketua Eksekutif CIDB Malaysia, Datuk Ir Ahmad ‘Asri Abdul Hamid berkata, keputusan tersebut diambil selepas mereka membuat pertimbangan bersama penganjur dan pihak berkepentingan.

“Kami percaya bahawa ini adalah langkah yang perlu untuk mengekang penularan virus, meratakan lekukan dan untuk melindungi masyarakat secara keseluruhannya.

“Oleh itu, komponen acara ICW yang dianjurkan oleh CIDB seperti Persidangan Transformasi Pembinaan Antarabangsa dan semua seminar dan latihan lain juga akan dibatalkan untuk 2020 dan semua peserta yang telah membayar akan menerima bayaran balik sepenuhnya,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau, CIDB akan menganjurkan edisi ICW 2021 yang dijadualkan pada 15 hingga 17 Jun 2021 di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur sekiranya keadaan kembali pulih.

“Saya percaya bahawa tema ICW 2020 ‘Merangkul Revolusi Pembinaan’ menjadi lebih relevan berikutan kesan Covid1-19 ke atas ekonomi dunia.

“Ia kini lebih mendesak berbanding sebelum ini bagi industri pembinaan untuk meneroka teknologi baharu dan paradigma untuk memastikan ia memaksimumkan kecekapan dan daya tahan,” katanya.

Beliau berkata, cabaran yang belum pernah terjadi sebelum ini menuntut perubahan termasuk dalam industri pembinaan.

“Industri pembinaan perlu cepat berputar untuk menjadi lebih cekap, produktif dan berdaya tahan.

“Kami yakin bahawa apabila ICW beroperasi semula pada tahun 2021, ia akan berlaku terus menyediakan pemain industri dengan banyak peluang untuk mengakses teknologi dan idea yang akan membantu meningkatkan kualiti dan produktiviti industri pembinaan,” katanya.

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )