Boost tawar pembiayaan sehingga RM100,000 kepada PMKS

Boost tawar pembiayaan sehingga RM100,000 kepada PMKS

KUALA LUMPUR,. Firma teknologi kewangan (fintech) Boost menawarkan kemudahan pembiayaan mikro berjumlah sehingga RM100,000 kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang dibiayai menerusi anak syarikat pinjaman digitalnya, Boost Credit.

Dikenali sebagai ‘Capital Plus’, kemudahan pembiayaan mikro Syariah berasaskan konsep komoditi Murabahah itu ideal untuk PMKS, kata Boost dalam satu kenyataan.

Ia menawarkan pembiayaan serendah RM1,000 hingga RM100,000 dalam tempoh 15 bulan pada kadar keuntungan rendah 1.2 peratus sebulan, tanpa pembayaran balik pokok untuk tiga bulan pertama.

“PMKS tidak memerlukan sebarang penjamin atau cagaran untuk memohon pembiayaan ini,” kata Boost, yang menjadi anak syarikat Axiata Group Bhd.

“Kami berharap PMKS akan dapat memanfaatkan kemudahan ini dari segi rangsangan kepada usaha pemulihan mereka dan menyediakan modal yang amat diperlukan bagi memulakan semula perniagaan mereka,” katanya.

– Bernama

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (1 )