BIMB lantik Bazlan, Nuraini pengarah bebas bukan eksekutif

BIMB lantik Bazlan, Nuraini pengarah bebas bukan eksekutif

KUALA LUMPUR,. Bank Islam Malaysia Bhd (BIMB) melantik Datuk Bazlan Osman dan Puan Nuraini Ismail sebagai pengarah bebas bukan eksekutif baharunya, berkuat kuasa Jumaat.

Pelantikan itu akan mengukuhkan lagi komposisi lembaga pengarah kumpulan apabila BIMB memulakan era baharu sebagai bank Islam tulen dan lengkap yang pertama tersenarai di Bursa Malaysia, kata bank itu dalam satu kenyataan semalam.

“Bazlan juga adalah ahli lembaga pengarah di empat syarikat tersenarai awam iaitu FIMA Corporation Berhad, Bursa Malaysia Berhad, Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Berhad dan Glomac Berhad. Beliau juga merupakan Pengarah Pusat Perakaunan Profesional Malaysia (MyPAC),” katanya.

Sementara itu, Nuraini pula memegang pelbagai jawatan kanan di Petronas termasuk sebagai pengurus besar kanan, perbendaharaan kumpulan, pengurus besar, kewangan dan perkhidmatan akaun, dan juga sebagai pengurus besar perkhidmatan komersial Malaysian International Trading Corporation Sdn. Bhd sebelum memegang jawatan terakhir sebagai naib presiden perbendaharaan, kewangan di Petronas.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )