AmBank sedia bantuan pembayaran semula kepada PKS

KUALA LUMPUR,. AmBank akan menawarkan bantuan pembayaran semula dan lanjutan moratorium kepada individu dan juga perusahaan kecil dan sederhana (PKS) selepas berakhirnya moratorium pada 30 September, 2020.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Sulaiman Mohd Tahir berkata bank itu kini menerima permohonan untuk penstrukturan dan penjadualan semula pinjaman daripada pelanggan.

“Program ini akan memberi manfaat kepada pelanggan yang kehilangan pekerjaan tahun ini dan masih belum mendapat pekerjaan baharu, serta pekerja yang dikurangkan gaji.

“Bantuan kami juga turut diperluaskan kepada PKS kerana kami memahami, banyak perniagaan terjejas terus akibat penularan COVID-19,” katanya.

Pelanggan boleh menghubungi pasukan perkhidmatan pelanggan bank atau pengurus hubungan bank untuk mendapatkan bantuan, atau menghubungi 03-2178 8888 (pelanggan individu) dan 03-2178 3188 (pelanggan PKS).

Mereka juga boleh menghantar e-mel kepada [email protected], melayari laman web https://www.ambank.com.my/eng/repayment-assistance atau mengunjungi cawangan bank terdekat.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )