1,800 usahawan PKS sertai Kempen Beli Barangan Buatan Malaysia: KSU

SEREMBAN,. Sebanyak 1,800 usahawan daripada perusahaan kecil dan se-derhana (PKS) di seluruh negara menyertai Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) sejak ia dilancarkan Julai lepas.

Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad berkata dengan penyertaan itu, kini terdapat sebanyak 31,000 produk keluaran tempatan telah berada di beberapa pasar raya besar untuk pilihan pengguna.

“Sambutan PKS amat menggalakkan dan sangat memberangsangkan…ini juga memberi peluang kepada PKS yang ingin mengembangkan perniagaan mereka,” katanya kepada pemberita selepas majlis Arena Usahawan sempena KBBM dan Program Jualan Malaysia peringkat Negeri Sembilan di sini, semalam.

Majlis dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelaburan, Perindustrian, Keusahawanan, Pendidikan dan Modal Insan negeri Datuk Dr Mohamad Rafie Ab Malek yang mewakili Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun.

Mengulas lanjut, Hasnol Zam Zam berkata KBBM merupakan satu inisiatif kerajaan berskala besar yang menghimpunkan pelbagai jenis jenama perniagaan yang terdiri daripada pelbagai perkhidmatan serta menawarkan pelbagai produk kepada pengguna pada harga yang berpatutan.

“Kempen ini bertujuan mempromosikan produk-produk tempatan dan me-rancakkan ekonomi domestik, tidak terhad hanya di pasar raya-pasar raya sahaja dan ianya merupakan satu daripada inisiatif kerajaan bagi membantu syarikat-syarikat dan usahawan-usahawan tempatan dalam memasarkan produk-produk mereka kepada orang ramai.

“Penganjuran program ini merupakan satu pendekatan yang terbaik dan berkesan bagi mewujudkan lebih ba-nyak permintaan terhadap barangan dan perkhidmatan keluaran tempatan,” katanya.

Bagi memastikan kempen dilaksanakan secara meluas, KPDNHEP katanya, be-kerjasama erat dengan kementerian-kementerian lain selain menjalinkan kerjasama strategik bersama Keretapi Tanah Melayu Berhad, Lazada dan Shopee.

“Kempen Beli Barangan Malaysia dan Program Jualan Malaysia adalah sejajar dengan hasrat kerajaan dalam usaha menangani kos sara hidup rakyat,” katanya.

— Bernama

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )